Tuesday, 14 August 2012

Tuesday, 7 August 2012


KELULUSAN RAYUAN PENGINAPAN KE KOLEJ KEDIAMAN TERKINI

E-mailCetakPDF
Perhatian kepada pemohon yang berjaya dalam senarai ini; anda dikehendaki membuat pendaftaran masuk pada 27 & 30 Julai 2012 sahaja. Kelewatan akan menyebabkan anda dilarang membuat pendaftaran masuk. Sebarang pertanyaan, sila berhubung dengan En. Mior Iskandar Bin Mior Azizan di talian 019 – 512 7750.
VISI 

PSAS berazam menjadi institusi pendidikan dan latihan separa Profesional terulung di Malaysia. 

MISI 

PSAS beriltizam untuk memberi pendidikan dan latihan separa Profesional yang berkualiti melalui sistem pengurusan dan pendidikan yang strategik, efektif, responsif dan relevan; prasarana yang lengkap dan persekitaran yang kondusif; bagi memenuhi keperluan modal insan dan tenaga kerja yang berketrampilan berteraskan Falsafah Pendidikan Kebangsaan.
Politeknik Sultan Azlan Shah (PSAS) mula beroperasi pada 1 Mac 2002 dengan nama Politeknik Tanjong Malim (PTM) adalah merupakan politeknik yang ke-15 ditubuhkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM). Dengan perbelanjaan sebanyak RM 170 juta PTM ditubuhkan dalam usaha kerajaan untuk menghasilkan tenaga separa profesional yang berkualiti bagi menampung keperluan awam dan swasta. PTM ditempatkan secara sementara di Sekolah Menengah Teknik Slim River. 

PTM berpindah ke kampusnya sendiri di Behrang, Perak setelah memperolehi Sijil Perakuan Kelayakan Menduduki (CF) pada 10 haribulan April 2003. Kampus ini dilengkapi kemudahan dan infrastruktur serta prasarana terkini menawarkan persekitaran pembelajaran yang menarik dan kondusif. 

PTM dirasmikan pada 7 Mei 2005 oleh DYMM Paduka Seri Sultan Perak dan ditukar nama menjadiPoliteknik Sultan Azlan Shah (PSAS).